Thursday, 28 March 2013

Professional Development Nursing : Contoh Laporan Praktis


CONTOH LAPORAN ADMIN

PENGHARGAAN

           Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan. Alhamdullilah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat juga saya berjaya menyiapkan tugasan  ini mengikut tempoh masa yang diberikan.             Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengajar terutamanya SUP Peperiksaan Program Diploma Kejururawatan_______ iaitu _______ dan Penyelaras Semester iaitu _____ bagi Basik _____ yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kerana serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada_______selaku pengajar kod subjek______ kerana beliau telah banyak meluangkan masa untuk memberi bimbingan agar tugasan ini berjalan dengan lancar.             Akhir kata, ucapan terima kasih juga diberikan kepada ahli keluarga saya dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan tugasan ini, semoga sumbangan yang diberikan oleh mereka semua akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah S. W. T. Sekian.


2. PENGENALANPENGENALAN “REFLECTIVE PRACTICE”


Menurut Clarke dan Croft, (1998). Mendefinisikan Reflective Practice adalah keupayaan untuk seseorang melihat kembali kepada tingkahlaku professional dan praktik dengan tujuan untuk menambahbaikan. Menurut Ahmad A. (2012). Reflective Practice merupakan satu aspek penting dalam perawatan bidang Kejururawatan. Ia merujuk kepada keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil belajar melalui kejadian tersebut. Reflective Practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang persepsi atau pandangan seseorang. Amalan reflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman - pengalaman setelah berfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran teori.


             Amalan Reflective Practice ini juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih kritis serta dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan. Disamping itu, melalui amalan ini juga dapat membantu mengurangkan implikasi medico-legal ke atas jururawat contohnya jururawat mendokumentasikan laporan dengan betul, melaporkan kejadian abnormal kepada doktor dengan segera, memastikan setiap prosedur keatas pesakit yang memerlukan consent telah ditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut ‘Standard of Procedure (SOP)  yang telah ditetapkan. Secara konklusinya, menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan dalam pendidikan kejururawatan merupakan sesuatu yang penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan. 


“AREAS OF POTENTIAL LIABILITY IN NURSING”            
           Dewasa ini sering terdengar pelbagai aduan berkenaan kualiti penjagaan dan perawatan yang semakin merosot di kalangan anggota atau staff kesihatan kepada masyarakat. Ia  melibatkan kes negligence khususnya kecuaian yang dilakukan oleh jururawat semasa berada di wad. Selain itu juga, pelbagai insiden juga boleh berlaku contohnya  seperti medication error kepada pesakit, tidak melakukan penjagaan pesakit dengan sempurna, membuat laporan yang  tidak betul semasa menjalankan tugas dan sebagainya.

 A.   NEGLIGENCE
Negligence adalah perlakuan kecuaian yang dilakukan oleh golongan professional yang menyalahi peraturan yang telah ditetapkan oleh undang – undang atau amalan yang di bawah standard penjagaan / standard of care.
 Menurut Dewit S.C, (2009). Negligence ialah seseorang gagal melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna tidak mengikut Standard of Procedure (SOP) dan membuat keputusan tanpa berdasarkan undang – undang yang telah ditetapkan.   


Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Croke E.M, (2003), dimana terdapat enam faktor penyebab negligence berlaku di kalangan Jururawat.Berikut adalah negligence yang sering dilakukan oleh jururawat :

  1. Kegagalan untuk mengikuti Standard of Procedure (SOP) dalam melakukan perawatan kepada pesakit.
  2. Kegagalan dokumentasi perawatan dan penjagaan dalam Bed Head Ticket (BHT) pesakit dan medication chart dengan betul


  1. Kegagalan dalam penjagaan peralatan peralatan dalam ward dengan bertanggungjawab. Contohnya, kehilangan peralatan Central Steril Service Department (CSSD) setelah digunakan.
  2. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan doktor, rakan sekerja dan pesakit dengan berkesan.
  3. Kegagalan untuk melakukan penilaian dan pemantauan dalam menjalankan penjagaan dan perawatan kepada pesakit .
  4. Kegagalan untuk bertindak sebagai advocate / penasihat kepada pesakit.
  1. MALPRACTICE
            Kesalahan yang dilakukan oleh seorang professional semasa  melakukan tugasnya dengan melanggar “Standard of Practice” atau tidak mengikut piawaian professional yang telah dipelajari semasa latihan. Manakala, menurut Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Malpractice ialah kelakuan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi penjagaan dan perawatan yang diberikan oleh seseorang yang professional kepada kliennya (pesakit). 
  1. UNPROFESSIONAL CONDUCT
            Pengurusan yang tidak professional adalah pengurusan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kebajikan orang awam. Keadaan ini juga, boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada perawatan kejururawatan. Contohnya, kegagalan Jururawat untuk mengamalkan teknik aseptik berdasarkan Standard of Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Contohnya, semasa jururawat melakukan pencucian luka keatas pesakit. 
3. LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE3.1 LATAR BELAKANG KEJADIAN


            Insiden kes yang saya pilih sebagai Reflective Practice kepada diri saya sebagai pengajaran telah berlaku di Wad Ortopedik X (Lelaki) di salah sebuah Hospital K di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kejadian ini berlaku, semasa saya menjalankan penempatan klinikal pada minggu pertama pada semester enam ini. Ia berlaku ketika saya pertama kalinya pada minggu tersebut bertugas pada shift pagi.             Pesakit A  seorang warganegara asing berasal dari India, berumur 46 tahun. Beliau telah tinggal di Malaysia selama 8 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan di sekitar daerah Selangor. Melalui temubual, semasa kemasukkan pesakit A  ke  Hospital K. Pada Mei 2012, pesakit A pernah mengalami Motor Vehicle Accident (MVA) dengan sebuah kereta. Akibat daripada kemalangan tersebut menyebabkan pesakit A tidak sedarkan diri dalam beberapa hari di Intesive Care Unit (ICU). Hal ini kerana, pesakit A telah mengalami kecederaan pada spinal cord.             Pada 26hb Julai 2012, semasa saya ditugaskan di kubikel tersebut assesmen keatas pesakit telah dilakukan didapati Pesakit A kini mengalami tetraplegia (quadriplegia). Menurut laman web Mosby's Medical Dictionary, (2009), tetraplegia ialah kelumpuhan yang melibatkan pada anggota tangan, kaki, dan bahagian bawah anggota tubuh badan. Setelah berada dalam wad  akibat jangka masa yang panjang dan Jururawat tidak melakukan nursing care yang sempurna keatas penjagaan pesakit. Pesakit A kini telah didiagnoskan mengalami infected sacral  bedsore (pressure sore atau decubitus ulcer). Penyiasatan swab Culture dan Sensitivity (C&S) telah dilakukan pada luka pesakit A dan keputusan dari makmal  mendapati pesakit A telah mendapat infeksi jenis Escherichia Coli (E.Coli) pada luka tersebut. Keluasan luka tersebut ialah 4cm x 5cm dibahagian kiri dan kanan pinggul pesakit. Oleh itu, setiap hari jururawat akan melakukan dressing untuk membersihkan sacral bedsore tersebut.             Justeru, seperti yang terkandung dalam Etika Kejururawatan Antarabangsa (The International Code of Nursing Ethics) iaitu Jururawat dan Manusia (Nurses and People), sudah menjadi tanggungjawab professional seorang jururawat untuk memberi jagaan perawatan kepada orang lain iaitu pesakit dengan sempurna. Contohnya, melakukan ubah baringan pesakit setiap dua jam untuk mengurangkan kejadian decubitis ulcer atau bedsore  kepada pesakit yang mengalami Cerebral Vascular Accident (CVA).  Selain itu juga, jururawat hendaklah mengekalkan Standards of Personal Conduct yang mencerminkan tentang professional dan meningkatkan keyakinan orang awam. Sekali gus, mengekalkan kesihatan diri pesakit untuk memberi perawatan yang sempurna.


KEJADIAN

Pada 26hb Julai 2012 pada pukul 11:35 pagi, semasa insiden ini berlaku Pesakit A  berada di cubicle lima.  Insiden ini terjadi melibatkan saya bersama seorang Jururawat Terlatih M yang baru sahaja bertugas di wad tersebut. Ketika itu saya diminta oleh Jururawat Terlatih M untuk membantu beliau melakukan dressing pada sacral bedsore Pesakit A. Jururawat Terlatih M mengarahkan saya untuk memakai Personal Protection Equipment (PPE) yang lengkap untuk memberi perlindungan kepada diri saya. Contohnya, memakai apron, mask, dan disposable glove. Sebelum ini, Mr. M (Pakar Orthopedik) telah mengarahkan dressing dengan menggunakan providone dressing. Pada hari insiden, selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Mr. M (Pakar Ortopedik) telah mengarahkan menggunakan normal saline solution dan menyapu madu manuka setelah selesai melakukan cucian luka tersebut. Oleh  yang demikian, Jururawat Terlatih M mengarahkan saya untuk menyediakan satu set troli yang lengkap untuk membantu beliau dalam melakukan dressing pada sacral bedsore pesakit tersebut. Semasa saya membantu Jururawat Terlatih M melakukan dressing kepada pesakit A. Perasan terkejut melihat dan mendapati Jururawat Terlatih M telah melanggar Standard of Procedure (SOP) dimana Jururawat Terlatih M tersebut tidak menggunakan teknik  aseptik semasa melakukan dressing dimana beliau menggunakan sebelah tangannya untuk memerah swab yang telah dialirkan normal saline solution dalam bekas gallipot di atas set dressing yang steril tersebut. Seterusnya, Jururawat Terlatih M juga menggunakan kedua – dua belah tangannya untuk berada di kawasan luka pesakit A dan menyentuh sekeliling kulit  dan kawasan luka tersebut semasa cucian luka dilakukan keatas pesakit A. Walaupun dressing yang dilakukan pada sacral sore pesakit A dapat disiapkan dalam masa 15 minit. Tetapi Jururawat Terlatih M telah melanggar prinsip – prinsip aseptik sepanjang melakukan dressing. Semasa beliau sedang melakukan cucian luka pesakit A saya sempat bertanyakan soalan kepada Jururawat Terlatih M,

 
Jururawat Pelatih (saya)  : Staff Nurse, kenapa menggunakan tangan, cuci luka tadi?
Jururawat Terlatih M        : Adik, kalau kamu mahu inginkan kerja yang mudah dan tidak                                               
                                       mahu menggunakan masa yang terlalu lama untuk dressing.                                       Kamu hanya menggunakan tangan tanpa forcep untuk mencuci luka.
 Setelah, melihat reaksi muka Jururawat Terlatih M yang berubah secara tiba – tiba. Lantas, saya tidak berani untuk bertanya lagi soalan kepada beliau. Lalu, saya menolak troli yang telah selesai digunakan ke bilik rawatan untuk dikemaskan.


3.2 FEELING / PERASAAN.


    Sepanjang prosedur dijalankan, pelbagai perasaan yang timbul dalam hati saya ketika itu. Antaranya ialah,Semasa insiden berlaku saya berasa serba salah pada diri sendiri dan pesakit  A kerana tidak dapat menghalang tindakan Jururawat Terlatih M yang sedang melakukan dressing tidak mengikut Standard of Procedure (SOP) telah melanggar  teknik aseptik sepanjang melakukan dressing kepada pesakit A.  Hal ini kerana, perasaan risau apabila menegur Jururawat Terlatih M yang sedang melakukan dressing akan melambatkan proses perawatan yang sedang dilakukan. Selain itu, perasaan marah dan geram kepada Jururawat Terlatih M kerana tidak dapat mengamalkan teknik aseptik semasa melakukan dressing. Sikap sambil lewa dan suka mengambil kerja yang mudah dalam melakukan tugasan diamanahkan akan menjatuhkan profession sebagai seorang jururawat. Hal ini kerana, sia – sia sahaja setelah tiga tahun menjalani kursus dalam Diploma Kejururawatan telah diberi pendedahan teori pengetahuan dan praktikal berdasarkan garis panduan yang standard Jururawat Terlatih M gagal untuk memberi perkhidmatan yang baik dan bermutu dalam perawatan dan penjagaan pesakit. 
Seterusnya, perasaan selepas insiden adalah kecewa dengan Jururawat Terlatih M kerana gagal untuk memberi bimbingan dan teladan yang baik kepada saya. Sebagai Jururawat Terlatih hendaklah memainkan  peranan, fungsi, dan sebagai seorang jururawat yang berkualiti dalam memberi perkhidmatan perawatan dan penjagaan pesakit.  Dimana Jururawat Terlatih M gagal untuk memberi penyeliaan dan melibatkan diri dalam latihan kepada Jururawat Pelatih semasa di penempatan klinikal dengan melakukan prosedur tidak mengikut Standard of Prosedur (SOP). Perasaan simpati dan empati kepada pesakit A, oleh kerana malpractice yang dilakukan oleh Jururawat Terlatih M dalam melakukan dressing yang boleh menyebabkan risiko kepada pesakit A  untuk dijangkiti Methicilin - Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA).   Daripada insiden yang berlaku perasaan keinsafan timbul dalam diri saya kerana telah mengajar sesuatu agar lebih membuka minda dan critical thinking akan  kepentingan tentang mengamalkan teknik aseptik dalam melakukan dressing. Tambahan pula, dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki selama sesi pembelajaran tiga tahun ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya untuk memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit dengan baik dan bermutu tinggi pada masa akan datang.


3.3 EVALUATION / PENILAIAN

 Terdapat pelbagai penilaian yang boleh boleh kita ambil daripada insiden yang telah berlaku iaitu baik dari segi positif mahupun negatif. Daripada insiden ini dapatlah kita belajar daripada kesilapan dan menjadi ingatan daripada pengalaman – pengalaman yang lepas. Selain itu, kejadian ini juga membentuk satu nilai moral atau contoh akan kepentingan Profession Kejururawatan dalam memberi perawatan dan penjagaan yang sempurna kepada pesakit. Sebarang kesilapan dan malpractice dari pihak Jururawat Terlatih M kemungkinan akan membawa kepada kemudaratan kesihatan pesakit dimana luka yang dihidapi akan menyebabkan berpotensi mendapat Methicilin - Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA) pada masa akan datang. 

KESAN POSITIF               Banyak penilaian yang positif  boleh saya ambil dari insiden ini yang berlaku diantara saya dan Jururawat Terlatih M  dimana saya boleh elakkan daripada melakukan tindakan yang sama pada masa akan datang. Saya hendaklah menerapkan proses kejururawatan semasa memberikan perawatan dan penjagaan terhadap pesakit. 
Menurut Prinnell dan Meneses, (1986). Proses kejururawatan ialah suatu kaedah yang sistematik untuk menilai keadaan klien, mengenalpasti keperluan klien supaya langkah dan tindakan yang sesuai boleh diambil untuk memenuhi keperluan pesakit.  
Tambahan pula, insiden ini  juga telah memberi kesedaran kepada saya untuk bersikap lebih berdisiplin, dimana saya lebih akauntabiliti terhadap tugas yang diamanahkan dan kesedaran akan kepentingan mengekalkan teknik aseptik supaya tidak memudaratkan kesihatan pesakit terhadap luka yang dihidapi  pada masa kelak. Selain itu juga, Ia juga memberi kesedaran kepada saya  supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. KESAN NEGATIF


Kehidupan ini dianggap sebagai satu pusingan roda, dimana ada yang baik dan semestinya ada yang buruk. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Daripada insiden yang berlaku terdapat juga beberapa penilaian yang negatif boleh dijadikan pangajaran sebagai panduan kepada saya untuk membaiki diri saya yang serba kekurangan ini.


Antaranya ialah Jururawat Terlatih M melakukan tugasan yang diberikan dengan sambil lewa dalam menjalankan penjagaan dan perawatan keatas pesakit A. Ini bermakna Jururawat Terlatih M telah melanggar satu Kod Kelakuan Professional untuk Jururawat yang terkandung dalam Lembaga Jururawat Malaysia iaitu Akta 2  iaitu Mengabaikan Tanggungjawab Professional dimana tidak menjalankan tugas penjagaan keatas pesakit dengan sempurna. Kegagalan menurunkan tanggungjawab untuk menggunakan rawatan yang munasabah. Contohnya, dalam insiden yang berlaku, Jururawat Terlatih M telah melanggar teknik aseptik semasa melakukan dressing kepada pesakit A. Selain itu juga, saya berasa sedih dengan sikap Jururawat Terlatih M yang gagal dalam penyelia rakan sekerja dimana gagal untuk memberi bimbingan dengan praktikal yang betul atau seragam mengikut Standard of Procedure (SOP) kepada saya sebagai Jururawat Pelatih. Hal ini kerana, Jururawat Terlatih M gagal menjadi contoh seorang role model yang baik kepada saya dalam memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada pesakit dan ketika melakukan tatacara kepada pesakit. Akhirnya, segala pengalaman dan kesilapan yang berlaku dijadikan pengajaran dan teladan sama ada baik mahupun buruk untuk membaiki diri sendiri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa kan datang. Hal ini kerana, kecuaian yang berlaku akan mengurangkan keyakinan kepada masyarakat untuk mendapatkan perawatan di hospital lagi. Sekaligus, ia akan mencalarkan kerjaya atau profession sebagai seorang Jururawat Terlatih.

3.4 ANALISIS


            Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing – masing untuk meneruskan proses kehidupan ini. Jika setiap kelemahan atau kesilapan  yang dilakukan disedari  hendaklah diambil sebagai panduan dan mengambil langakah untuk berubah dan membaiki diri dari semasa ke semasa.             Jururawat Terlatih M hendaklah melakukan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan malpractice yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri supaya ia akan membaiki kelemahan yang telah dilakukan. Seterusnya, dapat mengubah sikap Jururawat Terlatih M  yang lebih baik dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit pada masa akan datang.             Mengikut  Kod Etika Professional untuk Kejururawatan yang berdaftar dengan Lembaga  Jururawat Malaysia,  dibawah akta 1.2 Tahap Perawatan/ Standard of Care 1.2.1 seorang jururawat tersebut dikehendaki menjalankan intervensi yang bersesuaian dengan segera untuk mengelakkan komplikasi. Selain itu juga, sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh Jururawat Terlatih M dalam menjalankan penjagaan dan perawatan yang tidak sempurna ke atas pesakit berdasarkan hak – hak pesakit. Hal ini kerana, setiap pesakit berhak untuk menerima rawatan yang sempurna, dimana rawatan yang diberikan oleh mana – mana staff hospital hendaklah dengan penuh hormat, bermaruah tanpa mengira umur, jantina, bangsa, budaya, agama, status sosial, keadaan fizikal atau mental, kewarganegaraan atau sumber bayaran.             Mengikut Needs Theory – Abraham Maslow 1943, Hierarki keperluan Maslow. Teori ini menyatakan dalam setiap diri seorang individu terdapat lima keperluan yang mesti dipenuhi iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan diri dan keperluan pencapaian hasrat diri. Dalam teori ini, mendapati pesakit A dari segi keperluan keselamatan tidak dapat diberi dengan sempurna. Hal ini kerana, Jururawat Terlatih M tidak mengamalkan teknik aseptik  sepanjang melakukan dressing pada luka tersebut. 


            Kejururawatan merupakan satu bidang yang mulia di mata masyarakat dimana membantu pesakit dalam memberi perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit.  Oleh itu, kita mestilah sedar bahawa setiap negligence yang dilakukan bakal mengundang risiko dan membahayakan setiap nyawa pesakit yang berada di tangan seorang jururawat. Diharapkan sikap malpractice yang berlaku kepada Jururawat Terlatih M tidak akan berulang berlaku kepada saya pada masa akan datang untuk menjamin kesejahteraan dalam menjalankan perawatan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat diberikan kepada pesakit dan masyarakat. 


3.5 ACTION PLAN


            Rentetan daripada insiden yang telah berlaku pelbagai tindakan dan usaha hendaklah diambil oleh semua pihak untuk membaiki mutu perkhidmatan yang akan diberikan oleh Jururawat Terlatih kepada masyarakat. Dengan mempertingkatkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan, penekanan kepada pentingnya kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan penghormatan kepada kemuliaan insan serta sistem kesihatan yang adil dan saksama, mampu disediakan dan mudah diperolehi, cekap dan berkesan, berteknologi sesuai, bersesuaian dengan persekitaran dan serasi pelanggan akan menjelaskan lagi hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat. Antara usaha untuk penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah,


1)    Dengan melakukan proses pembelajaran yang berterusan. Ia bertujuan memperolehi pengetahuan, kemahiran dalam praktis dan maklumat terkini berkaitan dengan amalan kejururawatan seiring dengan kemajuan perubatan dan kejururawatan. Selain itu juga, dapat meningkatkan perkhidmatan berkualiti kepada komuniti dalam penjagaan dan perawatan kepada pesakit. Contohnya, Jururawat Terlatih sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti Continue Nursing Education (CNE), Continue Medical Education (CME), atau menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Contohnya, Continue Nursing Education (CNE)  “Kepentingan Mengamalkan Teknik Aseptik dalam Melakukan Dressing”. Selain itu juga, ia bertujuan menggalakkan jururawat tersebut menjalankan tugasnya dengan lebih komited, akauntabiliti, dan penuh rasa ikhlas, jujur dan amanah. Ini selaras dengan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia “Kami Sedia Membantu”.
 


2)    Selain itu juga, penyeliaan daripada Ketua Jururawat hendaklah sentiasa memantau dan mengawasi setiap prosedur yang dilakukan oleh Jururawat Pelatih, Jururawat Terlatih dan staff kakitangannya untuk memastikan setiap prosedur yang dilakukan dengan menggunakan satu garis panduan yang seragam dan berkualiti dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada pesakit. Seterusnya, Ketua Jururawat juga haruslah memberi teguran yang membina sekiranya mendapati Jururawat Terlatih atau staffnya melakukan kesilapan semasa melakukan prosedur agar Jururawat Terlatih tersebut tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang untuk perkhidmatan yang baik dan bermutu tinggi kepada setiap pesakit di dalam ward tersebut.
  


3)    Di dalam wad juga, sebagai motivasi kepada staff wad atau Jururawat Terlatih. Ketua Jururawat juga boleh memberi inisiatif atau ganjaran kepada Jururawat Terlatih dimana memberi Anugerah Staff Terbaik kerana telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang terbaik dengan mengikut Standard of Procedure (SOP). Ganjaran yang diberi adalah bertujuan untuk meningkatkan minat seseorang staff tersebut untuk menerapkan nilai Standard of Procedure (SOP) dalam menjalankan penjagaan dan perawatan yang terbaik kepada setiap pesakit.
  


4)    Seterusnya, dalam diri seorang Jururawat Terlatih perlulah mengamalkan pemikiran yang kritis dalam melaksanakan tugasnya. Menurut Chaffe, (1994), pemikiran yang kritis ialah pemikiran yang aktif, terancang, proses kognitif digunakan untuk menilai dengan teliti pemikiran seseorang dan orang lain. Konsep pemikiran yang kritis diterapkan dalam diri seorang Jururawat Terlatih ini adalah untuk menilai keperluan dan melakukan assesmen sebelum, semasa dan selepas memberikan perawatan dan penjagaan kepada pesakit.  Selain  itu, Jururawat Terlatih dapat menjangkakan risiko yang bakal timbul sekiranya tindakan yang akan diterima oleh pesakit akibat daripada sikap Jururawat Terlatih tidak mengamalkan sesuatu prosedur mengikut Standard of Procedure (SOP). Contohnya, semasa melakukan dressing kepada pesakit A, Jururawat Terlatih M hendaklah berfikiran kritis bagi memastikan luka dicuci sepenuhnya tetapi tetap mengekalkan prinsip – prinsip asepsis untuk mengelakkan infeksi berlaku.


5)    Dari segi pengurusan pihak Hospital pula, audit boleh dilakukan dalam dua bulan sekali. Ia bertujuan untuk menilai tahap praktis Jururawat Terlatih dalam memberikan perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit. Semasa melakukan proses audit dilakukan, menggunakan senarai semak kualiti audit yang seragam dan mengikut Standard of Procedur (SOP). Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan kepada Jururawat Terlatih dalam melakukan perawatan dan penjagaan kepada pesakit.
 


6)    Bagi pengurusan pihak Kolej  pula, boleh menambahkan bilangan local preceptor di kawasan penempatan klinikal di setiap wad mengikut hospital. Dimana Pengajar Kejururawatan yang ditugaskan menjadi Penyelia di Hospital tersebut boleh bertanya kepada Jururawat Terlatih di wad dengan kebenaran Ketua Jururawat wad untuk menjadi local preceptor. Dengan ini dapat memantau setiap prosedur yang dilakukan oleh para Jururawat Pelatih di wad mengikut garis panduan yang betul dan seragam. Selain itu, untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar setiap peralatan, kemudahan dan teknologi yang terbaru digunakan di wad agar para pelatih dapat pengetahuan serta mengaplikasikan dengan praktikal yang betul. Contohnya, penggunaan madu manuka diaplikasikan pada luka bed sore untuk menggalakkan proses penyembuhan.
  

7)    Akhir sekali untuk Jururawat Pelatih, perlulah mendapat pemantauan yang dari semua pihak semasa mereka melakukan sesi latihan praktikal  di penempatan klinikal  sama ada dari Pengajar Jururawat, Jururawat Klinikal, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih. Dengan kerjasama dari semua pihak menjadikan seorang Jururawat Pelatih tersebut sedar supaya lebih bersikap tanggungjawab dalam menjalankan tugasannya. Selain itu, untuk melahirkan seorang Jururawat Pelatih yang berkualiti tinggi kerana telah diajar untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan bagi mengelakkan kesilapan yang sama di ulangi.
 


            Kesimpulannya, pelbagai pihak sama ada dari Pengurusan Hospital dan Kolej hendaklah memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan kejadian negligence yang berlaku dalam bidang kejururawatan ini. Segala usaha dan tindakan yang diambil mestilah berpandukan kearah penambahbaikan dan menjamin perkhidmatan yang berkualiti dalam perawatan dan penjagaan dapat diberikan kepada setiap pesakit.


RUMUSAN


            Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai rumusan yang dapat saya rumuskan daripada kejadian yang berlaku. Dari segi sikap yang ditunjukkan, sebagai Jururawat Terlatih hendaklah melakukan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan negligence yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri supaya usaha penambahbaikkan segala kelemahan dapat diatasi dirinya. Seterusnya, dapat mengubah sikap Jururawat Terlatih M kepada lebih baik dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit pada masa akan datang. Seterusnya, jururawat akan sentiasa mengekalkan Standards of Personal Conduct / standard kelakuan peribadi yang mencerminkan tentang professional dan meningkatkan keyakinan awam. Sekali gus, mengekalkan kesihatan diri pesakit dalam memberi perawatan yang sempurna. Oleh kerana itu, Jururawat Pelatih adalah aset penting untuk menghasilkan Jururawat Terlatih yang berkualiti, maka para pelatih haruslah diberi perhatian secara berterusan oleh pelbagai pihak bagi memastikan kecemerlangan Jururawat Pelatih dalam pelbagai aspek pembelajaran mahupun praktikal tercapai agar dapat melahirkan seorang Jururawat Terlatih yang berkualiti dan menjalankan perawatan dan penjagaan kepada pesakit dengan mengikut Standard of Procedur (SOP). 


RUJUKAN


·         Croke E.M, (2003). Nurses, Negligence, and Malpractice. Journal of American Journal Nursing, September 2003.
 ·         Dewit S.C. (2010), Fundamental Concepts and Skills for Nursing Third Edition. Terbitan Elsevier Inc.
 ·         Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Kamus Jururawat Edisi Kedua. Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.
 ·         Hawkins J. M, (2008). Kamus Oxford Fajar Edisi Keempat (dikemaskini). Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd.
 
·         Polisi Hospital 13 Hak Pesakit, Polisi Hak – Hak Dan Tanggungjawab Pesakit Dan Keluarga,Hospital Tunku Ampuan Najihah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). http://htan.moh.gov.my
diakses pada 09.08.2012.

Obsteteric Nursing Part 2 : Pengurusan Penyusuan Susu Ibu

KEPENTINGAN POSISI DAN PELEKAPAN


Cara  pemberian penyusuan bayi

POSISI IBU

  • Anda berada dalam keadaan yang selesa 
  • Bahagian belakang, kaki, dan payudara anda diampu (jika perlu)
POSISI BAYI

  • Badan bayi lurus
  • badan bayi rapat ke badan anda, menghadap payudara payudara, hidung setentang puting (bayi dibawa kearah payudara anda, bukan sebaliknya)
  • Kepala dan bahu bayi diampu
  • Keseluruhan badan bayi diampu jika bayi pramatang

CARA PELEKAPAN SEMASA PENYUSUAN

pelekapan yang betul

Pelekapan yang BETUL
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Bibir bawah bayi melengkup keluar
  • Dagunya mencecah payudara
Pelekapan yang SALAH

  • Mulut bayi tidak terbuka luas 
  • Dagu bayi tidak menyentuh payudara
  • Lebih banyak areola kelihatan di bahagian bawah mulut bayi ( atau sama banyak di bahagian atas atau bawah mulut bayi).

KEPENTINGAN PENYUSUAN SECARA EKSKLUSIF SELAMA ENAM BULAN PERTAMA DAN TIADA PEMBERIAN SEBARANG MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN

  • Susu ibu membekalkan kesemua nutrien dan air yang diperlukan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang dalam masa 6 bulan
  • Enam bulan pertamam usia bayi anda bermaksud sehingga akhir 6 bulan atau 28 minggu atau 180 hari ( bukan pada permulaan umur 6 bulan)
  • TIADA sebarang minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi anda selain daripada susu ibu dalam masa enam bulan pertama.
  • Berikan bayi anda penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari diwaktu malam.

CONTOH FLIP CHART ADMIN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBERI CERAMAH TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU DI SEMASA PENEMPATAN KLINIKAL.



Cara penyimpanan susu 


Cara Pemberian Susu Perahan


 Cara Perahan Susu


 Cara Pelekapan Yang Betul


 Kebaikan Susu ibu - Bayi


 Tajuk Hadapan


 Cara Pegang Payudara Ketika Menyusukan Bayi


 Posisi Ketika Menyusukan Bayi


 Kebaikan SusuIbu - Ibu


 Anatomi Payudara


Polisi Kebangsaan

Obsteteric Nursing Part 1 : Pengurusan Penyusuan Susu Ibu

Pengenalan

Susu ibu adalah  pemakanan yang seimbang diperlukan oleh setiap bayi dan proses penyusuan susu ibu ini mengeratkan hubungan ibu dan anaknya. Susu ibu  adalah penting bagi bayi dan juga mempunyai kebaikan kepada ibu yang menyusukan bayinya dengan susu badan.

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap mulai umur enam bulan."

ini bermakna dari lahir hingga berumur enam bulan bayi :-

* Diberi susu ibu sahaja
* Tidak perlu air atau susu tambahan
* Tidak perlu makanan pelengkap

ANATOMI PAYUDARA

Anatomi Payudara Perempuan

MEKANISMA PENGHASILAN SUSU


  1. Hormon Oksitosin 
  • Dirembeskan oleh posterior pituitary
  • Bila bayi menyusu, saraf terangsang - impulse otak - pituitari - oksitosin (ejection reflects / letdown reflects)
     2. Hormon  Prolaktin
  • Dirembeskan oleh kelenjar pituitari (anterior) - meenyebabkan sel kelenjar menghasilkan susu
  • Bayi hisap urat saraf di puting terangsang - impulse ke otak - kelenjar pituitari - prolaktin dalam darah - payudara - hasilkan susu
  • berfungsi selepas penyusuan dan menyediakan bekalan untuk penyusuan seterusnya
  • Proses dipanggil refleks prolaktin. 
PERINGATAN :-

* Cara bagaimana bayi melekap / lacthing on pada payudara akan menentukan keberkesanan kedua -dua elemen tersebut 
*Adalah penting untuk menyakinkan ibu bahawa penghasilan susu ibu tidak bergantung pada bentuk dan saiz payudara.

FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU 


KEPADA BAYI :
  • Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
  • Melindungi bayi anda daripada infeksi
  • Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi.
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi 
  • Mengurangkan risiko juvenile - onset diabetes dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini.
  • Membantu dalam peredaran darah
  • Mengurangkan obesiti di lewat usia.
  • Sedia diminum dan menepati keperluan bayi.
KEPADA IBU :

Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko :
  • Kanser payudara dan kanser ovari
  • Pengekalan lemak semasa hamil semasa hamil yang mungkin menyebabkan obesiti selepas bersalin
  • Anaemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal
  • Jarak kehamilan yang singkat.
  • Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh membina hubungan rapat dengan bayi mereka.

KOLOSTRUM


  • Kolostrum adalah susu yang dihasilkan semasa usia kandungan tujuh bulan hingga beberapap hari selepas bersalin.
  • Ia berkeadaan pekat, melekit dan berwarna kekuningan.
  • Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit ( 3oz. dalam masa 24 jam ) sesuai dengan saiz perut bayi.
  • mengandungi nutrien (protein dan vitamin A) yang sempurna untuk bayi


FUNGSI KOLOSTRUM
  • Bertindak sebagai "paint coating" melindungi usus bayi daripada infeksi.
  • Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria
  • Membantu dalam pembentukkan bakteria yang baik untuk usus bayi
  • Membantu bayi mengeluarkan meconium untuk mencegah jaundis

KEPENTINGAN  SENTUHAN KULIT KE KULIT SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN
  • Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit bayi ke kulit anda dilakukan selama sekurang -kurangnya 10 minit hingga ke satu jam supaya :-
  • Bayi anda tidak kesejukan dan berada dalam keadaan tenang.
  • Menggalakkan hubungan anda dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan
  • Membantu bayi anda memahami bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat.
  • Membantu bayi anda menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan glukosa darahnya.

Wednesday, 27 March 2013

Nursing Health : Makanan dan Penyakit

Pengenalan

Makanan yang mengandungi kelima -lima jenis zat makanan dalam kadar yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Memberi segala zat - zat makanan dalam kandungan yang betul untuk seseorang individu dan dibahagikan dengan betul dalam sehari.
  • protein untuk membina dan membaiki tubuh badan.
  • vitamin dan garam galian utnutk memberi perlindungan kepada tubuh badan.
  • karbohidrat dan lemak untuk memberi tenaga dan haba tubuh badan.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
  • Menentukan tenaga yang cukup untuk keperluan  tenaga dan tubuh badan
  • Menentukan pembesaran dan perkembangan serta pemikiran yang baik
  • Pemulihan dan penggantian tisu-tisu dalam badan.
  • mempercepatkan proses penyembuhan seperti demam, selsema, dan luka.
  • Menentukan badan mempunyai daya ketahanan badan yang cukup untuk menentang penyakit.
  • Mengekalkan kesihatan badan seperti pembinaan sel-sel darah bagi mengelakkan daripada anaemia.

Pilih makanan yang segar dan berkualiti

Mengikut aliran carta piramid makanan 


PENYAKIT PENYAKIT AKIBAT KEKURANGAN DAN KELEBIHAN PEMAKANAN

1. KWASHIOKOR
  • Adalah satu keadaan yang disebabkan leh kekurangan protein.
  • biasanya berlaku di Negara tropika dan subtropika dimana makanan penduduknya rendah dalam kandungan kanji yang tinggi
  • berlaku dikalangan kanak-kanak dibawah umur 5 tahun.
MANIFESTASI KLINIKAL
simptom kwashiokor
  1. Pertukaran warna rambut ke  warna oren kemerahan.
  2. Kulit kering dan terdapat ruam
  3. Perutnya buncit dan badannya bengkak 
  4. Tubuhnya lemah dan gangguan urat saraf (muscle wasting) dan system pencernaan tidak upaya untuk menyerap makanan.
  5. Radangan di sisi bibir dan lidah serta perdarahan di gusi dan kulit bersisik
  6. Cirit - birit, anemia dan kemasukan lemak ke dalam hati (pembesaran hati).










2. MARAMUS
  • Disebabkan oleh kekurangan kalori dan protein. Juga dikenali sebagai "Protein Calories Malnutrion Disease.
  • Ia berlaku di kalangan kanak- kanak yang bawah 1 tahun di negara - negara membangun

MANIFESTASI KLINIKAL
  1. Tumbesaran terencat
  2. Berat badan merosot
  3. Penggunaan otot dan lemak subkutanous dengan membazir 
  4. Mempunyai kulit yang berkedut dan kelihatan tua
  5. Cirit - birit atau najis separa pejal, berketul dan berasid
  6. Dehidrasi akibat infeksi di gastro - usus

Maramus


Tuesday, 26 March 2013

Nursing Health : Jagaan Tempat Tekanan dan Mengelakkan Kudis Tekanan / Decubitus Ulcer

Definisi :
decubitus ulcer adalah gangguan integriti kulit yang terjadi akibat dari tekanan yang lama dan kurang peredaran darah menyebabkan penipisan dan pemecahan kulit terutama dibahagian cuaran tulang (terbonjol). tisu menjadi nekrotik / mati dan permukaan kulit menjadi kasar dan keras.


Gambar rajah menunjukkan lapisan kulit


MANIFESTASI KLINIKAL

  1. Warna kulit yang tertekan itu menjadi kemerahan
  2. Bahagian tersebut terasa sakit bila disentuh
  3. Bengkak atau edema disebabkan pengaliran cecair balik ke jantung telah tersekat / terganggu apabila tisu tertekan. Dimana cecair ke dalam tisu dan kebengkakan terjadi.
  4. Kulit koyak dan luka terjadi 
  5. Bahgian tersebut pedih (burning sensation)
  6. 'Slough' terjadi kerana tindakan mikroorganisma kepada tisu yang mati akibat tiada bekalan oksigen


Peringkat Dalam Decubitus Ulcer


FAKTOR YANG MEMPRADISPOS KEJADIAN KUDIS TEKANAN
  1. Friction / Geseran 
  • akibat dari cadar, mackintosh yang berkedut
  • cara rawatan / tatacara / prosedur yang kasar
      2. Injuries / kecederaan
  • akibat dari kuku jari yang panjang, cincin bermata, peralatanyang rosak
       3. Repeated presure / tekanan berulang
  • pesakit dibiarkan berbaring terlalu lama dalam satu posisi (koma, tidak sedar diri)
  • Pemakaian "POP" pesakit yang mengalami kepatahan kaki tekanan cast kepada kulit.
      4. Moisture/ kelembapan
  • air kencing / najis bagi pesakit yang tidak dapat mengawal (inkontinen) serta pemakaian lampin pakai buang (diapers) yang terlalu lama kepada pesakit yang inkotinen akan menyebabkan pengumpulan urin dan najis serta melembapkan kulit dipunggung. Excoration atau ruam pada kulit mudah terjadi.
     5. Paralysed / lumpuh
  • pesakit yang lumpuh biasanya tiada sensori pada bahagian anggota tersebutdan ia tidak akan merasa sakit atau merasa tidak selesa walaupun terbiar dalam satu posisi yang lama.
  • posisi yang lama akan memberikan tekanan pada satu tempat atau bahgian terentu akan menyebabkan bahagian berkenaan kurang bekalan darah dan ulser boleh terjadi.
      6.  Emaciated/ kurus kering
  • orang yang kurus kering kurang tisu subkuteneous untuk melapisi bahagian promines tulang, dengan ini tekanan pada tulang tersebut akan mendorong kejadian ulser.
     7. Obesed / gemuk
  • orang yang gemuk akan mempunyai berat badan yang terlalu. berat badan ini akan memberikan tekanan kepada sesuatu posisi, tekanan yang terlalu lama juga akan mendorong kejadian ulser
     8. Poor Nutrition / kurang zat makanan
  • kulit yang kekurangan zat- zat makanan menyebabkan kulit kering dan mudah terjadi decubitus ulcer.
     9. Low vatility/ kurang stamina
  • berkaitan dengann kekurangan zat makanan akan memudahkan kulit terkoyak ia tidak elastik dan terjadi decubitus ulcer.
   10. Edema ( bengkak)
  • pengumpulan cecair dalam tisu membuatkan kulit menipis dan mudah terkoyak dan kudis tekanan mudah terjadi, kerana tisu edematous kurang mendapat bekalan darah.

PENDIDIKAN KESIHATAN KEPADA PESAKIT DAN AHLI KELUARGA  

  • Kepentingan menjaga kulit dengan menukarkan baringan, membuat ambulasi, makanan seimbang supaya ia faham bahawa kudis tekanan boleh dielakkan dan membantu dalam perawatan.

  • Makanan yang seimbang. Berikan pesakit diet seimbang dan tinggikan protein serta vitamin bagi membantu meningkatkan taraf kesihatan pesakit dan membantu dalam penymbuhan luka.

  • Ajarkan cara- cara mengesan tanda- tanda awal kudis tekanan seperti kemerahan, sakit, kulit hitam dan kekoyakkan atau blister pada kulit, yang tertekan,. Supaya mereka faham dan elakkan tekanan kepada tempat tersebut dan rawatan berikan.

  • menjaga kebersihan pesakit seperti mandi.

  • Rawatan : dressing yang dilakukan perlulah mengamalkan dan mengekalkan teknik aseptik.  

Nursing Health : Pesakit Sebagai Individu

Pengenalan

Definisi :

  • Pesakit - dalam perkataan Latin bermakna sengsara/ penderitaan / kesakitan.
  • Seseorang individu tidak kira sihat atau sakit datang untuk mendapatkan rawatan / perkhidmatan kesihatan dari kakitangan perubatan / kesihatan. 
contoh :

Gambar keluarga yang bahagia
i. Ibu yang 
   mengandung - 
   untuk 
   pemeriksaan 
   antenatal
ii. Pesakit mental - 
   follow up









Keperluan Asas Seorang Pesakit.
Berdasarkan Hieraki Maslow

Gambar rajah Hieraki Maslow

Setiap individu samada sakit atau tidak mempunyai hak/ keperluan asasi (basic need) sebagai seorang manusia untuk mengekalkan kestabilan fisiologi dan psikologi.

  1. FISIOLOGI
  • Iaitu makanan, udara, air, suhu, pembungan kumuh, rehat dan elak kesakitan.
      2. KESELAMATAN
  • Keselamatan dan perlindungan, bebas daripada ketakutan, keresahan dan huru- hara
      3. KEHENDAK KASIH SAYANG DAN KEUPAYAAN.
  • Kasih sayang penerimaan perhubungan yang baik, bersama dengan orang yang disayangi
      4.  KEHENDAK PENGHARGAAN DIRI
  • Rasa  dirinya berguna, dihargai
  • Mudah dikenali, mesra dan mendapat perhatian daripada orang lain.
       5. KESEMPURNAAN KENDIRI 

            Peringkat ini agak susah untuk dicapai jika individu tidak, 
            Keperluan untuk merealisasikan apa yang individu cita - citakan seeprti 
            kemajuan diri, berjaya menggunakan potensi  diri dan memenuhi hasrat diri.
  • Sedar akan kebolehan dan potensinya
  • Berfikir sebagai seorang yang matang
  • Bebas dari kebimbangan
  • Kreatif





Sinopsis Sejarah Kejururawatan Dunia dan Malaysia

SINOPSIS SEJARAH PENGASAS KEJURURAWATAN DUNIA

Pengasas kejururawatan moden Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) telah mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852 - 1854). Beliau mendapat gelaran Lady With The Lamp kerana dengan bersuluhkan sebuah pelita dalam cuaca yang gelap dan sejuk beliau merawat dan menjaga tentera-tentera yang tercedera dan berada di dalam kesakitan.

                      Bermula dari peperangan itu wanita - wanita yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai sifat terpuji diberi latihan dalam bidang kejururawatan. Seterusnya bidang kejururawatan yang formal terus berkembang pesat dan diberi pengiktirafan di seluruh dunia.













SEJARAH KEJURURAWATAN DI MALAYSIA

             Kerjaya kejuruawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua. Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

     Sementara itu Lembaga Jururawat Malaysia ditubuhkan pada tahun 1950 dan permintaan terhadap jururawat mula meningkat selepas tahun 1960 dan sejumlah jururawat Malaysia dihantar ke luar negara bagi menjalani latihan kepakaranDari tahun 1970, ramai menunjukkan minat menyertai kursus kejururawatan dan sistem pengajian kejururawatan dinaik taraf kepada kursus sijil.

    Tahun 1990-2000 menyaksikan kursus kejururawatan dinaikkan taraf lagi kepada program
diploma dan ijazah pertama. Kursus-kursus itu diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Nasional (LAN) dan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



Uniform Jururawat di Malaysia

Logo Lembaga Jururawat Malaysia