Tuesday, 26 March 2013

Trademark jika anda seorang paramedic (NURSING)

Sebagai seorang paramedic anda akan berhadapan dengan orang ramai... oleh itu amalan mencuci tangan (Hand Washing) sangat penting dalam kehidupan anda di hospital. oleh itu, kita perlu memahami cara-cara untuk mengurangkan atau mengelakkan penyakit/ mikrob merebak dan mempraktikkan dengan teliti.

TUJUAN

  1. Mengurangkan jumlah mikroorganisma di kulit tangan
  2. Mengelakkan transmisi mikrorganisma dari seorang keseorang yang lain
  3. Mengelakkan transmisi mikroorganisma kepada diri sendiri (jururawat)



Video berkenaan Hand Washing menggunakan handrub daripada World Health Organization (WHO)


 PERINGATAN 
AMALKAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS



FAKTOR PENTING DALAM KEBERSIHAN TANGAN
  1. Kuku mesti pendek di potong pendek dan tidak menggunakan pengilat kuku
  2. Tanggalkan cincin atau jam tangan semasa mencuci tangan kerana ia boleh menghalang pencucian tangan yang sempurna di celah - celah jari
  3. Tutup luka ditangan dengan pembalut yang bersih setiap masa sebab luka boleh menjadi pintu masuk bagi mikroorganisma dan sekiranya infeksi sudah berlaku pada luka ia kan menjadi infeksi
  4. jauhkan tabiat buruk seperti menyentuh, mengorek, menggosok hidung, bermain dengan rambut atau menggigit kuku jari - mencemarkan jari  


KEMAHIRAN KOMPOSIT - MENCUCI TANGAN


menjamin kesejahteraan HIDUP yang BERKUALITI

No comments:

Post a Comment