Tuesday 26 March 2013

Sinopsis Sejarah Kejururawatan Dunia dan Malaysia

SINOPSIS SEJARAH PENGASAS KEJURURAWATAN DUNIA

Pengasas kejururawatan moden Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) telah mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852 - 1854). Beliau mendapat gelaran Lady With The Lamp kerana dengan bersuluhkan sebuah pelita dalam cuaca yang gelap dan sejuk beliau merawat dan menjaga tentera-tentera yang tercedera dan berada di dalam kesakitan.

                      Bermula dari peperangan itu wanita - wanita yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai sifat terpuji diberi latihan dalam bidang kejururawatan. Seterusnya bidang kejururawatan yang formal terus berkembang pesat dan diberi pengiktirafan di seluruh dunia.













SEJARAH KEJURURAWATAN DI MALAYSIA

             Kerjaya kejuruawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik. Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua. Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.

     Sementara itu Lembaga Jururawat Malaysia ditubuhkan pada tahun 1950 dan permintaan terhadap jururawat mula meningkat selepas tahun 1960 dan sejumlah jururawat Malaysia dihantar ke luar negara bagi menjalani latihan kepakaranDari tahun 1970, ramai menunjukkan minat menyertai kursus kejururawatan dan sistem pengajian kejururawatan dinaik taraf kepada kursus sijil.

    Tahun 1990-2000 menyaksikan kursus kejururawatan dinaikkan taraf lagi kepada program
diploma dan ijazah pertama. Kursus-kursus itu diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Nasional (LAN) dan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



Uniform Jururawat di Malaysia

Logo Lembaga Jururawat Malaysia

No comments:

Post a Comment