Susu ibu adalah pemakanan yang seimbang diperlukan oleh setiap bayi dan proses penyusuan susu ibu ini mengeratkan hubungan ibu dan anaknya. Susu ibu adalah penting bagi bayi dan juga mempunyai kebaikan kepada ibu yang menyusukan bayinya dengan susu badan.
POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
"Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap mulai umur enam bulan."
ini bermakna dari lahir hingga berumur enam bulan bayi :-
* Diberi susu ibu sahaja
* Tidak perlu air atau susu tambahan
* Tidak perlu makanan pelengkap
ANATOMI PAYUDARA
Anatomi Payudara Perempuan |
MEKANISMA PENGHASILAN SUSU
- Hormon Oksitosin
- Dirembeskan oleh posterior pituitary
- Bila bayi menyusu, saraf terangsang - impulse otak - pituitari - oksitosin (ejection reflects / letdown reflects)
2. Hormon Prolaktin
- Dirembeskan oleh kelenjar pituitari (anterior) - meenyebabkan sel kelenjar menghasilkan susu
- Bayi hisap urat saraf di puting terangsang - impulse ke otak - kelenjar pituitari - prolaktin dalam darah - payudara - hasilkan susu
- berfungsi selepas penyusuan dan menyediakan bekalan untuk penyusuan seterusnya
- Proses dipanggil refleks prolaktin.
PERINGATAN :-
* Cara bagaimana bayi melekap / lacthing on pada payudara akan menentukan keberkesanan kedua -dua elemen tersebut
*Adalah penting untuk menyakinkan ibu bahawa penghasilan susu ibu tidak bergantung pada bentuk dan saiz payudara.
FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU
KEPADA BAYI :
- Membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
- Melindungi bayi anda daripada infeksi
- Mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi.
- Mengurangkan risiko alahan kepada bayi
- Mengurangkan risiko juvenile - onset diabetes dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini.
- Membantu dalam peredaran darah
- Mengurangkan obesiti di lewat usia.
- Sedia diminum dan menepati keperluan bayi.
KEPADA IBU :
Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko :
- Kanser payudara dan kanser ovari
- Pengekalan lemak semasa hamil semasa hamil yang mungkin menyebabkan obesiti selepas bersalin
- Anaemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal
- Jarak kehamilan yang singkat.
- Wanita yang menyusukan bayi dengan susu ibu boleh membina hubungan rapat dengan bayi mereka.
KOLOSTRUM
- Kolostrum adalah susu yang dihasilkan semasa usia kandungan tujuh bulan hingga beberapap hari selepas bersalin.
- Ia berkeadaan pekat, melekit dan berwarna kekuningan.
- Dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit ( 3oz. dalam masa 24 jam ) sesuai dengan saiz perut bayi.
- mengandungi nutrien (protein dan vitamin A) yang sempurna untuk bayi
FUNGSI KOLOSTRUM
- Bertindak sebagai "paint coating" melindungi usus bayi daripada infeksi.
- Bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria
- Membantu dalam pembentukkan bakteria yang baik untuk usus bayi
- Membantu bayi mengeluarkan meconium untuk mencegah jaundis
KEPENTINGAN SENTUHAN KULIT KE KULIT SEBAIK SAHAJA BAYI DILAHIRKAN
- Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sentuhan kulit bayi ke kulit anda dilakukan selama sekurang -kurangnya 10 minit hingga ke satu jam supaya :-
- Bayi anda tidak kesejukan dan berada dalam keadaan tenang.
- Menggalakkan hubungan anda dan bayi untuk membantu memulakan penyusuan
- Membantu bayi anda memahami bahawa payudara ibu adalah tempat yang selamat.
- Membantu bayi anda menyesuaikan metabolisma dan menstabilkan glukosa darahnya.
No comments:
Post a Comment