CONTOH LAPORAN ADMIN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan. Alhamdullilah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat juga saya berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut tempoh masa yang diberikan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengajar terutamanya SUP Peperiksaan Program Diploma Kejururawatan_______ iaitu _______ dan Penyelaras Semester iaitu _____ bagi Basik _____ yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kerana serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada_______selaku pengajar kod subjek______ kerana beliau telah banyak meluangkan masa untuk memberi bimbingan agar tugasan ini berjalan dengan lancar. Akhir kata, ucapan terima kasih juga diberikan kepada ahli keluarga saya dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan tugasan ini, semoga sumbangan yang diberikan oleh mereka semua akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah S. W. T. Sekian.
2. PENGENALANPENGENALAN “REFLECTIVE PRACTICE”
“AREAS OF POTENTIAL LIABILITY IN NURSING”
Dewasa ini sering terdengar pelbagai aduan berkenaan kualiti penjagaan dan perawatan yang semakin merosot di kalangan anggota atau staff kesihatan kepada masyarakat. Ia melibatkan kes negligence khususnya kecuaian yang dilakukan oleh jururawat semasa berada di wad. Selain itu juga, pelbagai insiden juga boleh berlaku contohnya seperti medication error kepada pesakit, tidak melakukan penjagaan pesakit dengan sempurna, membuat laporan yang tidak betul semasa menjalankan tugas dan sebagainya.
A. NEGLIGENCE
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Croke E.M, (2003), dimana terdapat enam faktor penyebab negligence berlaku di kalangan Jururawat.Berikut adalah negligence yang sering dilakukan oleh jururawat :
- Kegagalan untuk mengikuti Standard of Procedure (SOP) dalam melakukan perawatan kepada pesakit.
- Kegagalan dokumentasi perawatan dan penjagaan dalam Bed Head Ticket (BHT) pesakit dan medication chart dengan betul
- Kegagalan dalam penjagaan peralatan peralatan dalam ward dengan bertanggungjawab. Contohnya, kehilangan peralatan Central Steril Service Department (CSSD) setelah digunakan.
- Kegagalan untuk berkomunikasi dengan doktor, rakan sekerja dan pesakit dengan berkesan.
- Kegagalan untuk melakukan penilaian dan pemantauan dalam menjalankan penjagaan dan perawatan kepada pesakit .
- Kegagalan untuk bertindak sebagai advocate / penasihat kepada pesakit.
- MALPRACTICE
- UNPROFESSIONAL CONDUCT
3. LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE3.1 LATAR BELAKANG KEJADIAN
Insiden kes yang saya pilih sebagai Reflective Practice kepada diri saya sebagai pengajaran telah berlaku di Wad Ortopedik X (Lelaki) di salah sebuah Hospital K di Negeri Selangor Darul Ehsan. Kejadian ini berlaku, semasa saya menjalankan penempatan klinikal pada minggu pertama pada semester enam ini. Ia berlaku ketika saya pertama kalinya pada minggu tersebut bertugas pada shift pagi. Pesakit A seorang warganegara asing berasal dari India, berumur 46 tahun. Beliau telah tinggal di Malaysia selama 8 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan di sekitar daerah Selangor. Melalui temubual, semasa kemasukkan pesakit A ke Hospital K. Pada Mei 2012, pesakit A pernah mengalami Motor Vehicle Accident (MVA) dengan sebuah kereta. Akibat daripada kemalangan tersebut menyebabkan pesakit A tidak sedarkan diri dalam beberapa hari di Intesive Care Unit (ICU). Hal ini kerana, pesakit A telah mengalami kecederaan pada spinal cord. Pada 26hb Julai 2012, semasa saya ditugaskan di kubikel tersebut assesmen keatas pesakit telah dilakukan didapati Pesakit A kini mengalami tetraplegia (quadriplegia). Menurut laman web Mosby's Medical Dictionary, (2009), tetraplegia ialah kelumpuhan yang melibatkan pada anggota tangan, kaki, dan bahagian bawah anggota tubuh badan. Setelah berada dalam wad akibat jangka masa yang panjang dan Jururawat tidak melakukan nursing care yang sempurna keatas penjagaan pesakit. Pesakit A kini telah didiagnoskan mengalami infected sacral bedsore (pressure sore atau decubitus ulcer). Penyiasatan swab Culture dan Sensitivity (C&S) telah dilakukan pada luka pesakit A dan keputusan dari makmal mendapati pesakit A telah mendapat infeksi jenis Escherichia Coli (E.Coli) pada luka tersebut. Keluasan luka tersebut ialah 4cm x 5cm dibahagian kiri dan kanan pinggul pesakit. Oleh itu, setiap hari jururawat akan melakukan dressing untuk membersihkan sacral bedsore tersebut. Justeru, seperti yang terkandung dalam Etika Kejururawatan Antarabangsa (The International Code of Nursing Ethics) iaitu Jururawat dan Manusia (Nurses and People), sudah menjadi tanggungjawab professional seorang jururawat untuk memberi jagaan perawatan kepada orang lain iaitu pesakit dengan sempurna. Contohnya, melakukan ubah baringan pesakit setiap dua jam untuk mengurangkan kejadian decubitis ulcer atau bedsore kepada pesakit yang mengalami Cerebral Vascular Accident (CVA). Selain itu juga, jururawat hendaklah mengekalkan Standards of Personal Conduct yang mencerminkan tentang professional dan meningkatkan keyakinan orang awam. Sekali gus, mengekalkan kesihatan diri pesakit untuk memberi perawatan yang sempurna.
KEJADIAN
Pada 26hb Julai 2012 pada pukul 11:35 pagi, semasa insiden ini berlaku Pesakit A berada di cubicle lima. Insiden ini terjadi melibatkan saya bersama seorang Jururawat Terlatih M yang baru sahaja bertugas di wad tersebut. Ketika itu saya diminta oleh Jururawat Terlatih M untuk membantu beliau melakukan dressing pada sacral bedsore Pesakit A. Jururawat Terlatih M mengarahkan saya untuk memakai Personal Protection Equipment (PPE) yang lengkap untuk memberi perlindungan kepada diri saya. Contohnya, memakai apron, mask, dan disposable glove. Sebelum ini, Mr. M (Pakar Orthopedik) telah mengarahkan dressing dengan menggunakan providone dressing. Pada hari insiden, selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Mr. M (Pakar Ortopedik) telah mengarahkan menggunakan normal saline solution dan menyapu madu manuka setelah selesai melakukan cucian luka tersebut. Oleh yang demikian, Jururawat Terlatih M mengarahkan saya untuk menyediakan satu set troli yang lengkap untuk membantu beliau dalam melakukan dressing pada sacral bedsore pesakit tersebut. Semasa saya membantu Jururawat Terlatih M melakukan dressing kepada pesakit A. Perasan terkejut melihat dan mendapati Jururawat Terlatih M telah melanggar Standard of Procedure (SOP) dimana Jururawat Terlatih M tersebut tidak menggunakan teknik aseptik semasa melakukan dressing dimana beliau menggunakan sebelah tangannya untuk memerah swab yang telah dialirkan normal saline solution dalam bekas gallipot di atas set dressing yang steril tersebut. Seterusnya, Jururawat Terlatih M juga menggunakan kedua – dua belah tangannya untuk berada di kawasan luka pesakit A dan menyentuh sekeliling kulit dan kawasan luka tersebut semasa cucian luka dilakukan keatas pesakit A. Walaupun dressing yang dilakukan pada sacral sore pesakit A dapat disiapkan dalam masa 15 minit. Tetapi Jururawat Terlatih M telah melanggar prinsip – prinsip aseptik sepanjang melakukan dressing. Semasa beliau sedang melakukan cucian luka pesakit A saya sempat bertanyakan soalan kepada Jururawat Terlatih M,
Jururawat Pelatih (saya) : Staff Nurse, kenapa menggunakan tangan, cuci luka tadi?
Jururawat Terlatih M : Adik, kalau kamu mahu inginkan kerja yang mudah dan tidak
mahu menggunakan masa yang terlalu lama untuk dressing. Kamu hanya menggunakan tangan tanpa forcep untuk mencuci luka.
Setelah, melihat reaksi muka Jururawat Terlatih M yang berubah secara tiba – tiba. Lantas, saya tidak berani untuk bertanya lagi soalan kepada beliau. Lalu, saya menolak troli yang telah selesai digunakan ke bilik rawatan untuk dikemaskan.
3.2 FEELING / PERASAAN.
Sepanjang prosedur dijalankan, pelbagai perasaan yang timbul dalam hati saya ketika itu. Antaranya ialah,Semasa insiden berlaku saya berasa serba salah pada diri sendiri dan pesakit A kerana tidak dapat menghalang tindakan Jururawat Terlatih M yang sedang melakukan dressing tidak mengikut Standard of Procedure (SOP) telah melanggar teknik aseptik sepanjang melakukan dressing kepada pesakit A. Hal ini kerana, perasaan risau apabila menegur Jururawat Terlatih M yang sedang melakukan dressing akan melambatkan proses perawatan yang sedang dilakukan. Selain itu, perasaan marah dan geram kepada Jururawat Terlatih M kerana tidak dapat mengamalkan teknik aseptik semasa melakukan dressing. Sikap sambil lewa dan suka mengambil kerja yang mudah dalam melakukan tugasan diamanahkan akan menjatuhkan profession sebagai seorang jururawat. Hal ini kerana, sia – sia sahaja setelah tiga tahun menjalani kursus dalam Diploma Kejururawatan telah diberi pendedahan teori pengetahuan dan praktikal berdasarkan garis panduan yang standard Jururawat Terlatih M gagal untuk memberi perkhidmatan yang baik dan bermutu dalam perawatan dan penjagaan pesakit.
Seterusnya, perasaan selepas insiden adalah kecewa dengan Jururawat Terlatih M kerana gagal untuk memberi bimbingan dan teladan yang baik kepada saya. Sebagai Jururawat Terlatih hendaklah memainkan peranan, fungsi, dan sebagai seorang jururawat yang berkualiti dalam memberi perkhidmatan perawatan dan penjagaan pesakit. Dimana Jururawat Terlatih M gagal untuk memberi penyeliaan dan melibatkan diri dalam latihan kepada Jururawat Pelatih semasa di penempatan klinikal dengan melakukan prosedur tidak mengikut Standard of Prosedur (SOP). Perasaan simpati dan empati kepada pesakit A, oleh kerana malpractice yang dilakukan oleh Jururawat Terlatih M dalam melakukan dressing yang boleh menyebabkan risiko kepada pesakit A untuk dijangkiti Methicilin - Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA). Daripada insiden yang berlaku perasaan keinsafan timbul dalam diri saya kerana telah mengajar sesuatu agar lebih membuka minda dan critical thinking akan kepentingan tentang mengamalkan teknik aseptik dalam melakukan dressing. Tambahan pula, dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki selama sesi pembelajaran tiga tahun ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya untuk memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit dengan baik dan bermutu tinggi pada masa akan datang.
3.3 EVALUATION / PENILAIAN
Terdapat pelbagai penilaian yang boleh boleh kita ambil daripada insiden yang telah berlaku iaitu baik dari segi positif mahupun negatif. Daripada insiden ini dapatlah kita belajar daripada kesilapan dan menjadi ingatan daripada pengalaman – pengalaman yang lepas. Selain itu, kejadian ini juga membentuk satu nilai moral atau contoh akan kepentingan Profession Kejururawatan dalam memberi perawatan dan penjagaan yang sempurna kepada pesakit. Sebarang kesilapan dan malpractice dari pihak Jururawat Terlatih M kemungkinan akan membawa kepada kemudaratan kesihatan pesakit dimana luka yang dihidapi akan menyebabkan berpotensi mendapat Methicilin - Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA) pada masa akan datang.
KESAN POSITIF Banyak penilaian yang positif boleh saya ambil dari insiden ini yang berlaku diantara saya dan Jururawat Terlatih M dimana saya boleh elakkan daripada melakukan tindakan yang sama pada masa akan datang. Saya hendaklah menerapkan proses kejururawatan semasa memberikan perawatan dan penjagaan terhadap pesakit.
Menurut Prinnell dan Meneses, (1986). Proses kejururawatan ialah suatu kaedah yang sistematik untuk menilai keadaan klien, mengenalpasti keperluan klien supaya langkah dan tindakan yang sesuai boleh diambil untuk memenuhi keperluan pesakit.
Tambahan pula, insiden ini juga telah memberi kesedaran kepada saya untuk bersikap lebih berdisiplin, dimana saya lebih akauntabiliti terhadap tugas yang diamanahkan dan kesedaran akan kepentingan mengekalkan teknik aseptik supaya tidak memudaratkan kesihatan pesakit terhadap luka yang dihidapi pada masa kelak. Selain itu juga, Ia juga memberi kesedaran kepada saya supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. KESAN NEGATIF
Kehidupan ini dianggap sebagai satu pusingan roda, dimana ada yang baik dan semestinya ada yang buruk. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Daripada insiden yang berlaku terdapat juga beberapa penilaian yang negatif boleh dijadikan pangajaran sebagai panduan kepada saya untuk membaiki diri saya yang serba kekurangan ini.
Antaranya ialah Jururawat Terlatih M melakukan tugasan yang diberikan dengan sambil lewa dalam menjalankan penjagaan dan perawatan keatas pesakit A. Ini bermakna Jururawat Terlatih M telah melanggar satu Kod Kelakuan Professional untuk Jururawat yang terkandung dalam Lembaga Jururawat Malaysia iaitu Akta 2 iaitu Mengabaikan Tanggungjawab Professional dimana tidak menjalankan tugas penjagaan keatas pesakit dengan sempurna. Kegagalan menurunkan tanggungjawab untuk menggunakan rawatan yang munasabah. Contohnya, dalam insiden yang berlaku, Jururawat Terlatih M telah melanggar teknik aseptik semasa melakukan dressing kepada pesakit A. Selain itu juga, saya berasa sedih dengan sikap Jururawat Terlatih M yang gagal dalam penyelia rakan sekerja dimana gagal untuk memberi bimbingan dengan praktikal yang betul atau seragam mengikut Standard of Procedure (SOP) kepada saya sebagai Jururawat Pelatih. Hal ini kerana, Jururawat Terlatih M gagal menjadi contoh seorang role model yang baik kepada saya dalam memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada pesakit dan ketika melakukan tatacara kepada pesakit. Akhirnya, segala pengalaman dan kesilapan yang berlaku dijadikan pengajaran dan teladan sama ada baik mahupun buruk untuk membaiki diri sendiri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa kan datang. Hal ini kerana, kecuaian yang berlaku akan mengurangkan keyakinan kepada masyarakat untuk mendapatkan perawatan di hospital lagi. Sekaligus, ia akan mencalarkan kerjaya atau profession sebagai seorang Jururawat Terlatih.
3.4 ANALISIS
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing – masing untuk meneruskan proses kehidupan ini. Jika setiap kelemahan atau kesilapan yang dilakukan disedari hendaklah diambil sebagai panduan dan mengambil langakah untuk berubah dan membaiki diri dari semasa ke semasa. Jururawat Terlatih M hendaklah melakukan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan malpractice yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri supaya ia akan membaiki kelemahan yang telah dilakukan. Seterusnya, dapat mengubah sikap Jururawat Terlatih M yang lebih baik dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit pada masa akan datang. Mengikut Kod Etika Professional untuk Kejururawatan yang berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, dibawah akta 1.2 Tahap Perawatan/ Standard of Care 1.2.1 seorang jururawat tersebut dikehendaki menjalankan intervensi yang bersesuaian dengan segera untuk mengelakkan komplikasi. Selain itu juga, sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh Jururawat Terlatih M dalam menjalankan penjagaan dan perawatan yang tidak sempurna ke atas pesakit berdasarkan hak – hak pesakit. Hal ini kerana, setiap pesakit berhak untuk menerima rawatan yang sempurna, dimana rawatan yang diberikan oleh mana – mana staff hospital hendaklah dengan penuh hormat, bermaruah tanpa mengira umur, jantina, bangsa, budaya, agama, status sosial, keadaan fizikal atau mental, kewarganegaraan atau sumber bayaran. Mengikut Needs Theory – Abraham Maslow 1943, Hierarki keperluan Maslow. Teori ini menyatakan dalam setiap diri seorang individu terdapat lima keperluan yang mesti dipenuhi iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan penghargaan diri dan keperluan pencapaian hasrat diri. Dalam teori ini, mendapati pesakit A dari segi keperluan keselamatan tidak dapat diberi dengan sempurna. Hal ini kerana, Jururawat Terlatih M tidak mengamalkan teknik aseptik sepanjang melakukan dressing pada luka tersebut.
Kejururawatan merupakan satu bidang yang mulia di mata masyarakat dimana membantu pesakit dalam memberi perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit. Oleh itu, kita mestilah sedar bahawa setiap negligence yang dilakukan bakal mengundang risiko dan membahayakan setiap nyawa pesakit yang berada di tangan seorang jururawat. Diharapkan sikap malpractice yang berlaku kepada Jururawat Terlatih M tidak akan berulang berlaku kepada saya pada masa akan datang untuk menjamin kesejahteraan dalam menjalankan perawatan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat diberikan kepada pesakit dan masyarakat.
3.5 ACTION PLAN
Rentetan daripada insiden yang telah berlaku pelbagai tindakan dan usaha hendaklah diambil oleh semua pihak untuk membaiki mutu perkhidmatan yang akan diberikan oleh Jururawat Terlatih kepada masyarakat. Dengan mempertingkatkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan, penekanan kepada pentingnya kualiti, inovasi, promosi kesihatan dan penghormatan kepada kemuliaan insan serta sistem kesihatan yang adil dan saksama, mampu disediakan dan mudah diperolehi, cekap dan berkesan, berteknologi sesuai, bersesuaian dengan persekitaran dan serasi pelanggan akan menjelaskan lagi hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat. Antara usaha untuk penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah,
1) Dengan melakukan proses pembelajaran yang berterusan. Ia bertujuan memperolehi pengetahuan, kemahiran dalam praktis dan maklumat terkini berkaitan dengan amalan kejururawatan seiring dengan kemajuan perubatan dan kejururawatan. Selain itu juga, dapat meningkatkan perkhidmatan berkualiti kepada komuniti dalam penjagaan dan perawatan kepada pesakit. Contohnya, Jururawat Terlatih sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti Continue Nursing Education (CNE), Continue Medical Education (CME), atau menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Contohnya, Continue Nursing Education (CNE) “Kepentingan Mengamalkan Teknik Aseptik dalam Melakukan Dressing”. Selain itu juga, ia bertujuan menggalakkan jururawat tersebut menjalankan tugasnya dengan lebih komited, akauntabiliti, dan penuh rasa ikhlas, jujur dan amanah. Ini selaras dengan slogan Kementerian Kesihatan Malaysia “Kami Sedia Membantu”.
2) Selain itu juga, penyeliaan daripada Ketua Jururawat hendaklah sentiasa memantau dan mengawasi setiap prosedur yang dilakukan oleh Jururawat Pelatih, Jururawat Terlatih dan staff kakitangannya untuk memastikan setiap prosedur yang dilakukan dengan menggunakan satu garis panduan yang seragam dan berkualiti dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada pesakit. Seterusnya, Ketua Jururawat juga haruslah memberi teguran yang membina sekiranya mendapati Jururawat Terlatih atau staffnya melakukan kesilapan semasa melakukan prosedur agar Jururawat Terlatih tersebut tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang untuk perkhidmatan yang baik dan bermutu tinggi kepada setiap pesakit di dalam ward tersebut.
3) Di dalam wad juga, sebagai motivasi kepada staff wad atau Jururawat Terlatih. Ketua Jururawat juga boleh memberi inisiatif atau ganjaran kepada Jururawat Terlatih dimana memberi Anugerah Staff Terbaik kerana telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang terbaik dengan mengikut Standard of Procedure (SOP). Ganjaran yang diberi adalah bertujuan untuk meningkatkan minat seseorang staff tersebut untuk menerapkan nilai Standard of Procedure (SOP) dalam menjalankan penjagaan dan perawatan yang terbaik kepada setiap pesakit.
4) Seterusnya, dalam diri seorang Jururawat Terlatih perlulah mengamalkan pemikiran yang kritis dalam melaksanakan tugasnya. Menurut Chaffe, (1994), pemikiran yang kritis ialah pemikiran yang aktif, terancang, proses kognitif digunakan untuk menilai dengan teliti pemikiran seseorang dan orang lain. Konsep pemikiran yang kritis diterapkan dalam diri seorang Jururawat Terlatih ini adalah untuk menilai keperluan dan melakukan assesmen sebelum, semasa dan selepas memberikan perawatan dan penjagaan kepada pesakit. Selain itu, Jururawat Terlatih dapat menjangkakan risiko yang bakal timbul sekiranya tindakan yang akan diterima oleh pesakit akibat daripada sikap Jururawat Terlatih tidak mengamalkan sesuatu prosedur mengikut Standard of Procedure (SOP). Contohnya, semasa melakukan dressing kepada pesakit A, Jururawat Terlatih M hendaklah berfikiran kritis bagi memastikan luka dicuci sepenuhnya tetapi tetap mengekalkan prinsip – prinsip asepsis untuk mengelakkan infeksi berlaku.
5) Dari segi pengurusan pihak Hospital pula, audit boleh dilakukan dalam dua bulan sekali. Ia bertujuan untuk menilai tahap praktis Jururawat Terlatih dalam memberikan perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit. Semasa melakukan proses audit dilakukan, menggunakan senarai semak kualiti audit yang seragam dan mengikut Standard of Procedur (SOP). Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan kepada Jururawat Terlatih dalam melakukan perawatan dan penjagaan kepada pesakit.
6) Bagi pengurusan pihak Kolej pula, boleh menambahkan bilangan local preceptor di kawasan penempatan klinikal di setiap wad mengikut hospital. Dimana Pengajar Kejururawatan yang ditugaskan menjadi Penyelia di Hospital tersebut boleh bertanya kepada Jururawat Terlatih di wad dengan kebenaran Ketua Jururawat wad untuk menjadi local preceptor. Dengan ini dapat memantau setiap prosedur yang dilakukan oleh para Jururawat Pelatih di wad mengikut garis panduan yang betul dan seragam. Selain itu, untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar setiap peralatan, kemudahan dan teknologi yang terbaru digunakan di wad agar para pelatih dapat pengetahuan serta mengaplikasikan dengan praktikal yang betul. Contohnya, penggunaan madu manuka diaplikasikan pada luka bed sore untuk menggalakkan proses penyembuhan.
7) Akhir sekali untuk Jururawat Pelatih, perlulah mendapat pemantauan yang dari semua pihak semasa mereka melakukan sesi latihan praktikal di penempatan klinikal sama ada dari Pengajar Jururawat, Jururawat Klinikal, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih. Dengan kerjasama dari semua pihak menjadikan seorang Jururawat Pelatih tersebut sedar supaya lebih bersikap tanggungjawab dalam menjalankan tugasannya. Selain itu, untuk melahirkan seorang Jururawat Pelatih yang berkualiti tinggi kerana telah diajar untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan bagi mengelakkan kesilapan yang sama di ulangi.
Kesimpulannya, pelbagai pihak sama ada dari Pengurusan Hospital dan Kolej hendaklah memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan kejadian negligence yang berlaku dalam bidang kejururawatan ini. Segala usaha dan tindakan yang diambil mestilah berpandukan kearah penambahbaikan dan menjamin perkhidmatan yang berkualiti dalam perawatan dan penjagaan dapat diberikan kepada setiap pesakit.
RUMUSAN
Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai rumusan yang dapat saya rumuskan daripada kejadian yang berlaku. Dari segi sikap yang ditunjukkan, sebagai Jururawat Terlatih hendaklah melakukan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan negligence yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri supaya usaha penambahbaikkan segala kelemahan dapat diatasi dirinya. Seterusnya, dapat mengubah sikap Jururawat Terlatih M kepada lebih baik dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit pada masa akan datang. Seterusnya, jururawat akan sentiasa mengekalkan Standards of Personal Conduct / standard kelakuan peribadi yang mencerminkan tentang professional dan meningkatkan keyakinan awam. Sekali gus, mengekalkan kesihatan diri pesakit dalam memberi perawatan yang sempurna. Oleh kerana itu, Jururawat Pelatih adalah aset penting untuk menghasilkan Jururawat Terlatih yang berkualiti, maka para pelatih haruslah diberi perhatian secara berterusan oleh pelbagai pihak bagi memastikan kecemerlangan Jururawat Pelatih dalam pelbagai aspek pembelajaran mahupun praktikal tercapai agar dapat melahirkan seorang Jururawat Terlatih yang berkualiti dan menjalankan perawatan dan penjagaan kepada pesakit dengan mengikut Standard of Procedur (SOP).
RUJUKAN
· Croke E.M, (2003). Nurses, Negligence, and Malpractice. Journal of American Journal Nursing, September 2003.
· Polisi Hospital 13 Hak Pesakit, Polisi Hak – Hak Dan Tanggungjawab Pesakit Dan Keluarga,Hospital Tunku Ampuan Najihah. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). http://htan.moh.gov.my diakses pada 09.08.2012.
tengs senior :)
ReplyDeleteStment yg membina..!!
ReplyDeleteTerima kasih..
info yang bermanfaat. terima kasih. :)
ReplyDeleteDia lupa bahawa esok esok ni misi lain buat macam tu terhadap dia atau ahli keluarganya? pulak! Gurau je.
ReplyDeletethanx..sgt membantu :')
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood refrence
ReplyDeletebanyak membantu dalam reflective practise sayee
ReplyDeleteThanks byk membantu
ReplyDeletetq info
ReplyDeletetq info
ReplyDeleteterima kasih ..byk membantu dalam penulisan sy
ReplyDeletesy suka.. rekomended
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDelete