Definisi :
decubitus ulcer adalah gangguan integriti kulit yang terjadi akibat dari tekanan yang lama dan kurang peredaran darah menyebabkan penipisan dan pemecahan kulit terutama dibahagian cuaran tulang (terbonjol). tisu menjadi nekrotik / mati dan permukaan kulit menjadi kasar dan keras.
|
Gambar rajah menunjukkan lapisan kulit
MANIFESTASI KLINIKAL
- Warna kulit yang tertekan itu menjadi kemerahan
- Bahagian tersebut terasa sakit bila disentuh
- Bengkak atau edema disebabkan pengaliran cecair balik ke jantung telah tersekat / terganggu apabila tisu tertekan. Dimana cecair ke dalam tisu dan kebengkakan terjadi.
- Kulit koyak dan luka terjadi
- Bahgian tersebut pedih (burning sensation)
- 'Slough' terjadi kerana tindakan mikroorganisma kepada tisu yang mati akibat tiada bekalan oksigen
Peringkat Dalam Decubitus Ulcer
FAKTOR YANG MEMPRADISPOS KEJADIAN KUDIS TEKANAN
- Friction / Geseran
- akibat dari cadar, mackintosh yang berkedut
- cara rawatan / tatacara / prosedur yang kasar
2. Injuries / kecederaan
- akibat dari kuku jari yang panjang, cincin bermata, peralatanyang rosak
3. Repeated presure / tekanan berulang
- pesakit dibiarkan berbaring terlalu lama dalam satu posisi (koma, tidak sedar diri)
- Pemakaian "POP" pesakit yang mengalami kepatahan kaki tekanan cast kepada kulit.
4. Moisture/ kelembapan
- air kencing / najis bagi pesakit yang tidak dapat mengawal (inkontinen) serta pemakaian lampin pakai buang (diapers) yang terlalu lama kepada pesakit yang inkotinen akan menyebabkan pengumpulan urin dan najis serta melembapkan kulit dipunggung. Excoration atau ruam pada kulit mudah terjadi.
5. Paralysed / lumpuh
- pesakit yang lumpuh biasanya tiada sensori pada bahagian anggota tersebutdan ia tidak akan merasa sakit atau merasa tidak selesa walaupun terbiar dalam satu posisi yang lama.
- posisi yang lama akan memberikan tekanan pada satu tempat atau bahgian terentu akan menyebabkan bahagian berkenaan kurang bekalan darah dan ulser boleh terjadi.
6. Emaciated/ kurus kering
- orang yang kurus kering kurang tisu subkuteneous untuk melapisi bahagian promines tulang, dengan ini tekanan pada tulang tersebut akan mendorong kejadian ulser.
7. Obesed / gemuk
- orang yang gemuk akan mempunyai berat badan yang terlalu. berat badan ini akan memberikan tekanan kepada sesuatu posisi, tekanan yang terlalu lama juga akan mendorong kejadian ulser
8. Poor Nutrition / kurang zat makanan
- kulit yang kekurangan zat- zat makanan menyebabkan kulit kering dan mudah terjadi decubitus ulcer.
9. Low vatility/ kurang stamina
- berkaitan dengann kekurangan zat makanan akan memudahkan kulit terkoyak ia tidak elastik dan terjadi decubitus ulcer.
10. Edema ( bengkak)
- pengumpulan cecair dalam tisu membuatkan kulit menipis dan mudah terkoyak dan kudis tekanan mudah terjadi, kerana tisu edematous kurang mendapat bekalan darah.
PENDIDIKAN KESIHATAN KEPADA PESAKIT DAN AHLI KELUARGA
- Kepentingan menjaga kulit dengan menukarkan baringan, membuat ambulasi, makanan seimbang supaya ia faham bahawa kudis tekanan boleh dielakkan dan membantu dalam perawatan.
- Makanan yang seimbang. Berikan pesakit diet seimbang dan tinggikan protein serta vitamin bagi membantu meningkatkan taraf kesihatan pesakit dan membantu dalam penymbuhan luka.
- Ajarkan cara- cara mengesan tanda- tanda awal kudis tekanan seperti kemerahan, sakit, kulit hitam dan kekoyakkan atau blister pada kulit, yang tertekan,. Supaya mereka faham dan elakkan tekanan kepada tempat tersebut dan rawatan berikan.
- menjaga kebersihan pesakit seperti mandi.
- Rawatan : dressing yang dilakukan perlulah mengamalkan dan mengekalkan teknik aseptik.
|
ReplyDeleteRipple mattress memang sangat sesuai untuk mengelak berlakunya kudis tekanan terutama bagi mereka yang mempunyai masalah untuk memusingkan kedudukan pesakit secara rutin. Di samping itu, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti kencing manis, untuk memastikan luka cepat sembuh adalah elok untuk mengawal paras glukosa darah pada tahap normal.